Tuesday, 28 May 2013

Kek Pelangi Balang!



Siapa-siapa yang ada nak order kek pelangi balang boleh lah PM saya ya. Saya hanya ambil tempahan area-area Kuala Terengganu sahaja. Kek pelangi balang ni sesuai untuk majlis-majlis keramaian, contohnya majlis pertunangan, majlis perkahwinan atau majlis sambutan hari lahir. Kek ni sesuai dijadikan sebagai hantaran sebab strukturnya yang tahan lasak. Cubalah, anda pasti berpuas hati! :)



( Sila klik untuk tumbesaran melampau. Haha )

Wednesday, 15 May 2013

Universiti Malaya!




Pagi ni, dalam pukul 10 pagi, saya on laptop. Awalkan saya on laptop? Haha. Bukan nak online ok. Just nak semak panggilan temuduga UM. Tak berharap sangat dapat, sebab dah tahu bukan senang nak dapat interview UM. Dahlah dah 3 kali tangguh waktu semakan tu, rasa cuak jugak la. Tak apa, tawakalah pada Allah. Then saya layari laman web UPU & klik pada temuduga UM. Masukkan nombor IC dan jeng jeng jenggg...!




Alhamdulillah, dapat lagi panggilan interview. :D
( Sila klik untuk tumbesaran melampau. :P )



Rasa happy sangat-sangat! Hipp hipp horayyy! Hehe. Yela, bukan semua orang boleh kan? Terima kasih ya Allah. Tanpa tunggu-tunggu terus saya sahkaan kehadiran & print surat temuduga. Tengok tarikh, 23.5 ni? Alamak, kesian la ke mama & ayah saya. Kena cuti sebab saya lagi. :( Tapi harap-harap berbaloi lah semua tu. Mama, ayah, doakan ina k. Pada kawan-kawan yang ada interview juga, good luck k!  Doakan untuk saya juga ya. Harap-harap saya dapat buat yang terbaik untuk temuduga tu. Aminnn. :)

Sunday, 12 May 2013

Temuduga USM.



Hari ni buat pertama kalinya dalam hidup saya selama 20 tahun ni, saya hadiri temuduga. Rasa syok juga, tapi perasaan nervous tu tetap ada. Lepas tu saya ingat kawan saya cakap, kalau nak semuanya berjalan lancar, baca ayat seribu dinar. Antara doa-doa yang saya baca sebelum masuk bilik interview:


Saya baca doa ni, sungguh saya cakap, hati saya terus hilang gementar. Cubalah. :)


Ini doa yang kawan saya cadangkan. Memang ada manfaatnya. Lepas baca, fikiran saya jadi tenang.



Sebelum ni, tak pernah hayat saya dapat temuduga kat mana-mana IPTA. Jadi saya dah berazam nak buat yang terbaik. Oh ya, temuduga tu kat USM Kubang Kerian. Pagi-pagi dalam pukul 9.30 pagi saya dah bertolak ke sana dengan mama & ayah saya. Alhamdulillah, dapat cari lokasi interview tu. Sebelum masuk bilik temuduga saya jumpa macam-macam lagak orang. Maklumlah, hari tu interview penting. Mari, saya ceritakan serba sedikit apa yang ditanya dalam bilik interview tu.


Okay, macam biasa  masa kita buka pintu bilik tu, bagi salam dan berjalan ke arah penemuduga. Temuduga saya kali ni just ada dua orang lelaki. Lepas tu saya senyum dan bagi IC serta clear folder yang ada sijil-sijil saya tu pada penemuduga.


Penemuduga 1 : Sebelum duduk, sila baca dulu kertas ni. ( kertas untuk uji rabun warna )
Saya : Ohh, yang ini? Okay. Bla.. Bla.. Bla.. Bla..
Penemuduga 1 : Dah habis?
Saya : (Angguk-angguk)
Penemuduga 1 : Sekarang awak boleh duduk.
Penemuduga 2 : Ok, Cik Nurul Amalina. Boleh ceritakan serba sedikit tentang awak?
Saya : Assalamualaikum wbt. Nama saya... Umur saya..... Saya tinggal... Saya bekas pelajar sekolah... Saya pelajar lulusan... Saya ada ..... orang adik-beradik. Saya anak ke.... dalam adik beradik... Ada .... orang kakak & .... adik. Saya suka ..... bila ada waktu senggang. Sifat positif saya....... Sifat negatif saya, suka mengkritik orang.
Penemuduga 1 : Aik?? Mengkritik orang?? Maksudnya?
Saya : Maksud saya, sebagai contoh saya ada buat tugasan berkumpulan dan ada kawan saya yang tak bekerjasama. Jadi saya akan bagitahu mereka yang saya tak suka dengan cara dia.
Penemuduga 1 : Tulah maksud awak mengkritik orang?
Saya : Ermm, yaa. (Angguk-angguk)
Penemuduga 1 : Bagi saya tu bukan mengkritik, tapi jenis berterus-terang. Awak rasa mengkritik orang tu negatif ke?
Saya : Bagi saya, mungkin. Sebab tak semua orang boleh terima kritikan saya. Sebab ada orang mungkin fikir saya nak tnjuk bagus ke, atau mungkin kadang-kadang saya buat orang tak selesa.
Penemuduga 1 : Mungkin awak kena berlatih menegur dengan baik lah, sebab bukan semua boleh terima kan.
Saya : Ya, saya setuju tu. (Senyum)
***************************************************************
Penemuduga 2 : Kalau awak ditawarkan ke USM dalam kos ni, bidang apa yang awak mahu?
Saya : Sejarah! ( Dengan yakin nih!)
Penemuduga 1 : Kalau camtu, sila ceritakan serba sedikit mengenai Haji Abdul Rahman Limbong. Awak cakap awak suka Sejarah kan? Mesti awak tahu.
Saya : ( Terkebil-kebil. Dalam hati dah mula rasa cuak. ) Errr, boleh saya nak bercerita mengenai topik Sejarah yang berkaitan dengan pembelajaran saya dalam tingkatan 6? Sebab dalam tingkatan 6 saya tak belajar bab-bab tokoh.
Penemuduga 1 : Mana boleh macam tu! Awak anak jati Terengganu, macam mana awak boleh tak tahu?? Saya orang Johor pun saya tahu siapa dia, saya bangga dengan dia.
Saya : Saya tahu, tapi saya mohon maaf sebab saya tak dapat jawab soalan tu. Sebab mungkin saya dah lupa semasa saya belajar Tingkatan 5 dulu.
Penemuduga 1: Awak tak boleh jadikan alasan tentang tu. Nak belajar ni tak perlu tunggu, kita kena cari.
Saya : Baiklah, saya minta maaf. ( muka serba salah. )
************************************************************
Penemuduga 2 : Hmmm, in your folder there's some certificate that showed you're a prefect. So what do you think the special to be a prefect?
Saya : I think there's nothing special. Just been a prefect, I can help our teacher to help them to control the students. For example, when some students doing something wrong, I can report that to the teacher. However, I can't punished them without permission from the teacher.
Penemuduga 2 : So you think that's the special to be prefect??
Saya : Err, yup..
Penemuduga 2 : Okay. ( Belek-belek sijil saya. ) So, you've joined Bahasa Melayu Society. What's your position in it?
Saya : ( Blurr... ) Err, sorry???
Penemuduga 2 : I asking you, what's your position in Bahasa Melayu Society? ( Muka macam nak marah.)
Saya : Ermm, a leader?
Penemuduga : I know that, but what we call it?? You didn't know it??
Saya : A leader I think. ( Muka ragu-ragu, tak ingat perkataan pengerusi dalam BI apa. Nasib badan betul! )
Penemuduga : A chairman, right??
Saya : ( Muka berseri-seri ) Yess! Chairman.
Penemuduga 2 : Hmm, macam mana lah awak boleh lupa. (Geleng-geleng)
**************************************************************
Penemuduga 1 : Awak ada isi UPU??
Saya : Ada tuan.
Penemuduga 1 : U mana awak minta??
Saya : UPM, UM, UKM, UPSI & UIAM.
Penemuduga 1 : UPM, UKM & UM kos apa?
Saya : UPM, pendidikan BM. UKM Ekonomi & UM Sejarah.
Penemuduga 1 : Awak akan dapat USM sebab awak memang layak. Tapi dalam masa yang sama awak dapat yang kos pendidikan UPM, yang mana awak pilih?
Saya : Pastinya saya pilih USM sebab saya minat dengan Sejarah. UPM saya minta bidang BM.
Penemuduga 1 : Kiranya awak minta USM sebab nak kos Sejarah la ni??
Saya : ( Angguk dan senyum. )
Penemuduga 1 : Kalau awak dapat UM pulak??
Saya : Hmm, saya tetap akan ke USM, sebab UM bukan pendidikan.
Penemuduga 1 : Kiranya awak yakin akan ke USM??
Saya : Hmm, saya akan solat istikarah pulak la, berat yang mana. Sebab yang tu saya tak dapat nak cakap.
Penemuduga 1 & 2 : Betul tu. ( Angguk-angguk. ) Tak apa lah, awak boleh pergi ya.
Saya : ( Berjalan ke arah mereka. ) Terima kasih tuan.
Penemuduga 1 & 2 : Sama-sama.



Haaaa, panjang tak perbualan saya dengan penemuduga?? Memang suspen jugak la, nak-nak time dia tanya pasal Sejarah & time speaking. Semput nak jawab. Cuma saya nak pesan la, bila interview, jangan takut. Cuba tenangkan dir & baca doa-doa penenang hati. Paling penting jawab dengan yakin, jangan gagap, kena banyak senyum & paling penting eye contact. Apa-apa pun, saya bersyukur dapat buat interview tu sebaik mungkin. Alhamdulillah. :) Moga-moga saya lulus la. Amin. Pada yang ada interview tu, semoga berjaya ya! :D


Friday, 10 May 2013

Ujian MEdSI & Temuduga USM



Pagi tadi, bangun dari tidur dapat sms dari 15800. Mesej tu cakap, suruh semak mengenai kehadiran untuk ujian MEdSI UPSI. Hati terus dup dap dup dap. Yela, mana pernah saya dapat mesej untuk hadiri ujian MEdSI nie. Lepas tu terus bangun, on laptop then layari link yang dia bagi tu. Dah selesai isi no IC tekan semak dan tadaaa! Kejutan untuk saya.


Alhamdulillah, saya terpilih! :)


Gembira tak terkata dapat tawaran ni, meskipun just ujian. Tak apa, cuba nasib tak ada salahnya kan. Tapi yang buat saya cuak, tarikh ujian tu esok! What??! Esok, 11 Mei?? Fuhh, tenang Amalina, tenang. Yang buat saya makin susah hati bila teringat yang temuduga USM lusanya pulak, 12 Mei. Ya Allah, kalutttt! Kena bertenang ni. 


Tengok tarikh dia, 12 Mei ni dah. Suspen.


Dua benda saya kena back up sebaik mungkin. Ujian MEdSI & temuduga USM. Dan dua-dua saya nak lulus. Kalau boleh saya nak dapat sebanyak mungkin tawaran belajar dalam kos pendidikan. Nak jadi cikgu ni, semangat! Hehe. Doakan saya ya, moga-moga saya lulus ujian & temuduga tu. Amin. Pada kawan-kawan saya yang akan menduduiki ujian MEdSI esok, good luck okay. Fighting! ;)

Oh ya, kalau nak contoh-contoh soalan MEdSI, klik sini. Kalau nak panduan hadapi temuduga, klik sini. Semoga berjaya! :D

Wednesday, 8 May 2013

Cup cakes!


Okay. First, saya nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog saya yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ni blog saya yang keempat (eh banyaknya?). Mesti anda pelik kenapa banyak sangat blog? Haha. Blog saya yang dulu-dulu semuanya dah berhabuk, berkarat, bersawang, sebab dah setahun lebih tak update. Jadi tiba-tiba saya rasa nak buat blog baru pula. Lagipun blog tu semuanya saya create masa zaman-zaman muda dulu, jadi penuh dengan post kebudak-budakan. Chewah ayat, meletop gitu, macam la dah tua kan. Haha. Lepas tu rasa malas nak delete post-post tu, so buat yang baru. Senang kan? Sebelum tu nak bagitau la yang blog ni masih baru. Tak ada apa-apa lagi. Mungkin saya akan bagi cantik lagi. Wait and see. :) Okay, dah habis cakap pasal intro new blog.


Nah, sekarang masa untuk bercerita panjang lebar pasal tajuk entri hari ni. Pasal apa ya tadi? Oh yaa, tentang cup cakes! Dalam tiga empat hari sebelum ni saya susah hati fikir, nak kek macam mana untuk birthday someone. Niatkan nak beli kek biasa je, tapi takut kedai tutup. Maklumlah, birthday dia sehari lepas PRU13, bimbang juga tak ada kedai kek yang buka. Tiba-tiba saya terlintas pasal cup cake bila tengok gambar cup cakes kat internet. Jadi hati terus terdetik, kenapa saya tak cuba buat cup cakes sendiri kan? Mesti best! Jadi saya pun bodek-bodek kawan sekolah lama saya, nak resepi cup cakes dia sebab dengar cerita kek dia tu sedap! Nak dipendekkan cerita, saya pun ajak mama saya beli barang-barang nak buat kek cawan. Then kelmarin saya dengan yakinnya try buat cup cakes chocolate sendiri. Tapi cup cakes saya buat pakai kukus je, tak ada bakar-bakar sebab rumah saya tak ada oven. :P


Inilah cup cakes saya lepas dikukus. Comel je dia kembang, tapi comot sikit bekas dia. Lagi satu, saya pakai cup untuk mufin. Tersalah beli. Haha.


Lepas dah siap kukus & letak dalam kotak cantik, saya simpan dalam peti sejuk. Kan letak kat luar kan kek tu rosak. Niatnya esok baru nak letak icing, hias-hias sikit. Pagi esok tu, saya keluarkan kek ni dan icing. Tapi yang sedihnya, icing tu tak menjadi. Hairan jugak saya kenapa tak menjadi, salah bancuh agaknya. Sedih jugak la tengok jadi cair je, buruk cup cakes tu. Then bila fikir dah tak ada masa, saya just letak hiasan kek atas tu. Letak manik-manik emas & love kecik-kecik je. Alhamdulillahn nampak comel jugak! :D


Nah, ni lah hasilnya selepas dihias! Cantik tak? Hehe. Nak bagi comel lagi, saya letak sign birthday tu.


Oh yaa, pada siapa-siapa yang nak cuba resepi ni, boleh la cuba. Sedap! Mama & siblings saya makan, semua cakap best & thumbs up. Thanks Deana Ramzi sebab sudi sharekan resepi ni. ;)


Bahan A :

250g butter (yang majerin bentuk segi empat sama)
250g gula kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila/perisa vanila
250ml susu segar atau cair (pakai susu putih dutch lady yang dalam kotak kecik tu)

Bahan B :
290g tepung gandum
50g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat



Cara-cara:

  1. Cairkan butter dalam periuk yang sesuai. Saiz kecil pun tak apa. Jangan campur apa-apa ok, just cairkan dengan api macam tu je.
  2. Bila dah cair, angkat butter tu dan letak dalam bekas sederhana besar. Lepas tu, campurkan butter tersebut dengan gula kastor, dan pukul sampai kembang. Lagi bagus kalau pukul pakai mesin mixer.
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan perisa vanila. Ketepikan.
  4. Bahan-bahan B pula diayak dulu, bagi sebati. Then masukkan bahan tu ke dalam adunan yang dah dipukul tadi. 
  5. Pukul hingga sebati dan tuangkan susu segar selang seli sampai habis susu.
  6. Kacau rata dengan senduk dan letak adunan yang dah siap tu ke dalam cup yang sesuai.
  7. Seterusnya kukus dalam 20 minit. Untuk pastikan kek dah masak, cucuk je dengan lidi sate. Jika isi kek masih melekat, maknanya belum masak la tu.
  8. Bila dah betul-betul masak, bagi sejuk dulu. Lepas tu boleh la letak icing & taburkan hiasan kecil-kecil, bagi lagi cantik. Ha, masa ni la seronok nak tunjuk kretiviti. Dah siap! :D

Haa, senang kan? Bila bahan & mesin ada, sekejap je siap. Hehe. Kalau nak kek cawan simple, bolehlah hias macam kek saya tu. Selamat mencuba! ;)