Okay. First, saya nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog saya yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ni blog saya yang keempat (eh banyaknya?). Mesti anda pelik kenapa banyak sangat blog? Haha. Blog saya yang dulu-dulu semuanya dah berhabuk, berkarat, bersawang, sebab dah setahun lebih tak update. Jadi tiba-tiba saya rasa nak buat blog baru pula. Lagipun blog tu semuanya saya create masa zaman-zaman muda dulu, jadi penuh dengan post kebudak-budakan. Chewah ayat, meletop gitu, macam la dah tua kan. Haha. Lepas tu rasa malas nak delete post-post tu, so buat yang baru. Senang kan? Sebelum tu nak bagitau la yang blog ni masih baru. Tak ada apa-apa lagi. Mungkin saya akan bagi cantik lagi. Wait and see. :) Okay, dah habis cakap pasal intro new blog.
Nah, sekarang masa untuk bercerita panjang lebar pasal tajuk entri hari ni. Pasal apa ya tadi? Oh yaa, tentang cup cakes! Dalam tiga empat hari sebelum ni saya susah hati fikir, nak kek macam mana untuk birthday someone. Niatkan nak beli kek biasa je, tapi takut kedai tutup. Maklumlah, birthday dia sehari lepas PRU13, bimbang juga tak ada kedai kek yang buka. Tiba-tiba saya terlintas pasal cup cake bila tengok gambar cup cakes kat internet. Jadi hati terus terdetik, kenapa saya tak cuba buat cup cakes sendiri kan? Mesti best! Jadi saya pun bodek-bodek kawan sekolah lama saya, nak resepi cup cakes dia sebab dengar cerita kek dia tu sedap! Nak dipendekkan cerita, saya pun ajak mama saya beli barang-barang nak buat kek cawan. Then kelmarin saya dengan yakinnya try buat cup cakes chocolate sendiri. Tapi cup cakes saya buat pakai kukus je, tak ada bakar-bakar sebab rumah saya tak ada oven. :P
Inilah cup cakes saya lepas dikukus. Comel je dia kembang, tapi comot sikit bekas dia. Lagi satu, saya pakai cup untuk mufin. Tersalah beli. Haha.
Lepas dah siap kukus & letak dalam kotak cantik, saya simpan dalam peti sejuk. Kan letak kat luar kan kek tu rosak. Niatnya esok baru nak letak icing, hias-hias sikit. Pagi esok tu, saya keluarkan kek ni dan icing. Tapi yang sedihnya, icing tu tak menjadi. Hairan jugak saya kenapa tak menjadi, salah bancuh agaknya. Sedih jugak la tengok jadi cair je, buruk cup cakes tu. Then bila fikir dah tak ada masa, saya just letak hiasan kek atas tu. Letak manik-manik emas & love kecik-kecik je. Alhamdulillahn nampak comel jugak! :D
Nah, ni lah hasilnya selepas dihias! Cantik tak? Hehe. Nak bagi comel lagi, saya letak sign birthday tu.
Oh yaa, pada siapa-siapa yang nak cuba resepi ni, boleh la cuba. Sedap! Mama & siblings saya makan, semua cakap best & thumbs up. Thanks Deana Ramzi sebab sudi sharekan resepi ni. ;)
Bahan A :
250g butter (yang majerin bentuk segi empat sama)
250g gula kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila/perisa vanila
250ml susu segar atau cair (pakai susu putih dutch lady yang dalam kotak kecik tu)
Bahan B :
290g tepung gandum
50g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
250g butter (yang majerin bentuk segi empat sama)
250g gula kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila/perisa vanila
250ml susu segar atau cair (pakai susu putih dutch lady yang dalam kotak kecik tu)
Bahan B :
290g tepung gandum
50g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
- Cairkan butter dalam periuk yang sesuai. Saiz kecil pun tak apa. Jangan campur apa-apa ok, just cairkan dengan api macam tu je.
- Bila dah cair, angkat butter tu dan letak dalam bekas sederhana besar. Lepas tu, campurkan butter tersebut dengan gula kastor, dan pukul sampai kembang. Lagi bagus kalau pukul pakai mesin mixer.
- Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan perisa vanila. Ketepikan.
- Bahan-bahan B pula diayak dulu, bagi sebati. Then masukkan bahan tu ke dalam adunan yang dah dipukul tadi.
- Pukul hingga sebati dan tuangkan susu segar selang seli sampai habis susu.
- Kacau rata dengan senduk dan letak adunan yang dah siap tu ke dalam cup yang sesuai.
- Seterusnya kukus dalam 20 minit. Untuk pastikan kek dah masak, cucuk je dengan lidi sate. Jika isi kek masih melekat, maknanya belum masak la tu.
- Bila dah betul-betul masak, bagi sejuk dulu. Lepas tu boleh la letak icing & taburkan hiasan kecil-kecil, bagi lagi cantik. Ha, masa ni la seronok nak tunjuk kretiviti. Dah siap! :D
Haa, senang kan? Bila bahan & mesin ada, sekejap je siap. Hehe. Kalau nak kek cawan simple, bolehlah hias macam kek saya tu. Selamat mencuba! ;)
No comments:
Post a Comment